Kehijauan dan kesejahteraan masyarakat

Table of Contents

Kehijauan dan kesejahteraan masyarakat

Orang yang berlainan akan memberikan makna yang berlainan kepada foto ini.Bagi orang bandar, foto ini mungkin membawa keseronokan kerana inilah kedamaian yang tidak ada di bandar-bandar. Udara paginya sejuk dan nyaman untuk dihirup.Bagi orang tempatan, mereka mungkin bertanya-tanya bilakah tempat ini akan “maju”. Jalan bertar dan luas, ada lampu jalan, kemudahan asas tersedia dan pelbagai perkara lain yang menyenangkan kehidupan harian.

Ada juga orang yang mencari-cari mana lagi pokok yang boleh ditebang untuk dijual balaknya. Ini pekerjaan yang paling senang untuk menjadi kaya. Pokok sudah tumbuh puluhan malah ratusan tahun. Perlu cari “penaung” untuk dapatkan kebenaran untuk membalak sahaja. Kemudian hutan yang menghijau menjadi datar. Sungai yang jernih menjadi warna seperti teh tarik.

Bila hujan lebat, saki baki balak akan turun ke bawah melanggar rumah-rumah yang ada apabila air melimpah.Golongan ketiga ini, berserta dengan penaung masing-masing, walaupun hasil tangan mereka menjahanamkan alam dan kehidupan, di pandang mulia oleh sebahagian ahli masyarakat.

Masakan tidak, harta bertimbun, kedudukan ada, digelar dengan pelbagai gelaran yang mulia, boleh tabur duit dan dana di sini sana. Ramai orang yang massyukk hasil dari tangan-tangan mereka. Jangan terkejut jika tangan-tangan yang menghasilkan selut itu dicium-cium pula.Untuk menjamin cucu cicit kita boleh menghadapi kehidupan yang selesa, kita kena mempertahankan kehijauan alam yang ada.

Bukit dan hutan sebenarnya menjadi penyerap hujan. Apabila mereka digondolkan, segala air, tanah, pasir dan tunggul-tunggul akan mudah memasuki sungai dan bandar. Apabila laut menjadi lebih tinggi parasnya disebabkan pemanasan dunia, banjir akan menjadi perkara biasa.

Allah jadikan alam ini sebagai satu sistem. Jika ada yang dikurangkan, ada yang akan bertambah. Kita akan merasai hasil usaha tangan-tangan kita sendiri. Samada cepat atau lambat sahaja.

Mahukah kita menjadi atok dan nenek yang mewariskan alam yang jahanam kepada cucu cicit kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published.